• Thursday, 17 June 2021, 2:16 pm

#WAAW: Iesya Toh, Heliza Helmi digesa tampil bantu kesan ‘Dr Nur’

 #WAAW: Iesya Toh, Heliza Helmi digesa tampil bantu kesan ‘Dr Nur’

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Iesya Toh dan Heliza Helmi digesa untuk segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan ‘Dr. Nur’, kepada Wisma Putra yang didakwa sebagai warganegara Malaysia ditahan oleh pihak Israel.

Sebelum ini Iesya Toh memuatnaik hantaran di laman Instagramnya yang mendakwa menerima pesanan whats app dari individu bernama “Dr Syafiq HKL” meminta jasa baik untuk mendoakan ‘Dr Nur’ yang sedang bertarung nyawa di Palestin.

Menurut hantaran tular tersebut, ‘Dr Nur’ merupakan doktor ‘freelance‘ yang dihantar ke sana (Palestin) untuk membantu saudara disana. ‘Dr Nur’ dalam tahanan pihak Zionis semasa memasuki sempadan kem.

“Dr Nur dalam keadaan tak sedarkan diri sekarang. Luka di bahagian dada teruk dan saya dengar dia ditembak di kaki sebab Dr Nur melawan”

“Kami risau Dr Nur akan jadi umpan kat sana, maksud saya takut dirogol, tangan dia patah,” menurut kenyataan tular berkenaan.

Tangkap layar hantaran yang tular di Facebook dan juga hantaran Iesya Teoh mengenai Dr Nur di Instagramnya

Wisma Putra juga telah cuba menghubungi dua individu bernama Dr Aida dan Dr Shafiq, yang didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr. Nur’ namun kedua-dua mereka gagal dihubungi.

Menurut Wisma Putra, pihaknya mengambil maklum akan perkongsian yang tular di media sosial berhubung penahanan ‘Dr. Nur’ oleh pihak Israel dan maklumat lanjut mengenai perkara ini adalah penting untuk pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk membantu ‘Dr. Nur

Buat masa ini pihak kementerian tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa ‘Dr. Nur’, sekali gus menyulitkan usaha untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada beliau,” menurut kenyataan itu.

Semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama ‘Dr. Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Dalam masa yang sama, menurut kenyataan itu, Kementerian Luar telah pun berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan ‘Dr. Nur’.

“Kementerian Luar telah mengumpul maklumat berkenaan laporan yang dikemukakan oleh orang awam termasuk hantaran dan tangkap layar dibuat oleh orang awam berhubung insiden yang menimpa ‘Dr. Nur’.

“Maklumat berkenaan juga dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr. Nur’ turut digesa tampil dan mengemukakan maklumat tersebut melalui e-mel bkrm@kln.gov.my.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *