• Sunday, 20 June 2021, 8:54 am

#WAAW: Haziq korban masa demi anak-anak

 #WAAW: Haziq korban masa demi anak-anak

PETALING JAYA : Penyampai radio dan pengacara, Haziq Hussni mengakui banyak berkorban masa bagi memberi tumpuan terhadap kerjaya dan dua cahaya matanya yang kini berada di hospital.

Tambah Haziq atau pemilik nama penuh, Muhammad Haziq Irfan turut meluahkan rasa bersyukur kerana isterinya, Ayunda Putri memahami jadual kerja dan memudahkan rutin hariannya.

“Kami kini memang berkampung di hospital kerana ingin memantau dan bersama dengan kedua-dua orang anak kami yang dijangkiti virus pada paru-paru. Namun, saya juga perlu memastikan kerja tidak terabai.

“Syukur kerana saya mempunyai isteri yang banyak membantu memudahkan rutin harian dan tidak mengeluh sekali pun. Saya dan isteri juga turut menjalani ujian saringan Covid-19 untuk berada di samping anak kami.

“Insya-Allah semoga kesihatan dua orang anak saya kembali pulih seperti biasa.Mereka ketika ini masih berada di bawah pemantauan doktor dan diberikan antibiotik untuk tempoh empat hari,” kata Haziq.

Haziq bagaimanapun dapat menghela nafas lega apabila dua anaknya, Muhammad Heidy Nufael,4, dan Chayra Auliya,3, yang dikejarkan ke hospital beberapa hari lalu bebas daripada wabak Covid-19.

Tambah Haziq, anak-anaknya mula mengalami demam, selsema dan batuk sejak seminggu lalu sebelum disahkan mengalami jangkitan itu. 

“Saya ingin meminta kebenaran doktor untuk membawa pulang dua orang anak kami ke rumah. Cuma syaratnya, kami perlu membuang segala karpet, patung dan barang yang berbulu bagi mengelakkan jangkitan,” tambah Haziq.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *