#WAAW: Hasbi Rabbi nyanyian Siti Nordiana tampil kelainan

 #WAAW: Hasbi Rabbi nyanyian Siti Nordiana tampil kelainan

PETALING JAYA — Single terbaru oleh Siti Nordiana dan berkolaborasi dengan Ustaz Sharizan bertajuk ‘ Hasbi Rabbi’ dilancarkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment.

Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album ke-2 iaitu – album Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.

Istimewanya album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.

Kredit foto Instagram Siti Nordiana

Selain ia menerapkan elemen mengingati Allah & Rasul, lagu-lagu zikir di dalam album ini juga berbeza dengan album zikir yang lain, dimana alunan zikir bukan sahaja di dalam Bahasa Arab malah disertai dengan terjemahan makna dalam Bahasa Melayu agar para pendengar dapat lebih memahami dan menghayati maksud zikir tersebut disamping memudahkan untuk dihafal dan diamalkan.

Lagu ‘Hasbi Rabbi’ menjanjikan kelainan apabila melodinya juga digubah dari melodi yang biasa didengari kepada sesuatu yang lebih baharu dan segar untuk halwa telinga dan semestinya untuk pengisian rohani para pendengar.

Lagu ‘Hasbi Rabbi’ mula dilancarkan di semua laman strim (Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain ) mulai 1 Mei 2021 ini . Secara fizikal album yang memuatkan 5 lagu keseluruhannya termasuk single ‘Hasbi Rabbi’ juga mula dijual di platform online – Shoppe

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  +    =  61