#WAAW: Haiza kongsi petua ‘buah zuriat’

 #WAAW: Haiza kongsi petua ‘buah zuriat’

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi dan penyampai radio, Haiza berkongsi pernah mengamalkan buah zuriat ketika cuba hamil cahaya mata sulung dahulu. Petua berkenaan diajar oleh keluarga mertuanya dan dia tidak lokek untuk berkongsi rahsia berkenaan kepada pasangan yang ingin mendapatkan zuriat.

“Mertua membawa pulang buah zuriat daripada Mekah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan anak setelah lima tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah…tidak lama selepas itu, kami dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Bukan mudah untuk mendapatkan buah zuriat itu, jadi saya memanfaatkan ikhtiar mentua saya. Tidak salahnya rasanya kita mencuba, sekarang ini pun saya lihat buah zuriat banyak dijual secara maya.

“Tidak adil apabila berbicara soal zuriat, pasti sebelah pihak saja disalahkan dan lazimnya kaum wanita yang dikatakan menjadi punca. Bagi saya, kedua-dua pihak seharusnya saling memberikan sokongan terhadap satu sama lain,” katanya.

Haiza menganggap soalan masyarakat sekeliling mengenai soal cahaya mata sebagai doa dan mengambil pendekatan tidak tertekan dengan perkara itu.

Menurut Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 41, dia menyerahkan perkara itu di atas ketentuan rezeki daripada Allah SWT.

“Dulu selepas berkahwin saya dan suami sering diajukan soalan mengenai soal anak jadi memang tidak tertekan jika orang bertanya bila nak tambah anak lagi.

Bila orang tanya saya jawab tiada rezeki lagi. “Saya tak suka beratkan kepala dengan soalan-soalan macam itu. Suami pun tidak pernah mendesak untuk saya hamil lagi, syukur juga kerana dia bukan jenis yang mendesak.

“Sekurang-kurangnya saya dah ada seorang pun saya dah bersyukur sangat,” kata Haiza. Haiza mendirikan rumah tangga dengan Norhanaphe Omar, 41, pada 24 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, penyampai radio Kool FM itu dikurniakan seorang anak lelaki, Nur Iman Syafie yang kini berusia sembilan tahun.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

34  −  30  =