#WAAW: Gig patuh SOP, peminat datang lepas ‘gian’

 #WAAW: Gig patuh SOP, peminat datang lepas ‘gian’

Band Patriots menutup tirai Gig Lepas Gian dengan persembahan encore

Oleh Sharazade Zulkifli

Sesempoi namanya, ‘Gig Lepas Gian’ adalah manifestasi rasa lega peminat dan penggiat industri kreatif tempatan yang sekian lama rindukan persembahan secara langsung yang terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19 melanda dunia.

Tanggal 10 Mac lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi lampu hijau untuk persembahan secara langsung dengan kehadiran penonton.

Berita ini disambut gembira oleh peminat muzik selepas hampir setahun terpaksa menonton persembahan muzik menerusi live streaming sahaja.

Gig yang diadakan pada 27 Mac lalu dianjurkan oleh ‘Good Set, You Killed It Dude’ (GSYKID) bertempat di Ruang Acara Angkasa Kuala Lumpur.

 

Seiring dengan pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN, gig ini dibahagikan kepada dua sesi barisan pemuzik yang berbeza bagi memudahkan orang ramai.

Oleh yang demikian, penonton yang hadir boleh memilih sesi mana yang disukai namun setiap sesi terhad kepada 50 penonton sahaja.

Berbeza dengan konsert atau gig yang dianjurkan sebelum pandemik COVID-19 melanda, pastinya penonton merasai kejanggalan ditambah gigi ini mengamalkan norma baru kini.

Penonton diwajibkan mendaftar aplikasi MySejahtera dan periksa suhu badan dan penonton diberi taklimat mengenai SOP yang perlu dipatuhi sepanjang gig berlangsung.

50 buah kerusi disusun pada jarak 1.5 meter bagi mematuhi SOP yang ditetapkan merupakan ruang untuk penonton menikmati persembahan

Penganjur acara ini yang hanya dikenali sebagai Dini berkata, “korang boleh duduk, berdiri, menari, asalkan korang stay dalam petak sendiri dan pakai face mask setiap masa.”

Menurutnya lagi, 50 buah kerusi disusun dengan jarak 1.5 meter dalam petak-petak yang ditanda dengan pelekat hazard. Walaupun tiket habis terjual, suasana gig ini kelihatan seperti tidak terlalu meriah atau bersesak-sesak dan berpeluh seperti gig sebelum ni kerana semuanya terkawal.

Persembahan gig ini dibarisi pemuzik dan band yang membawa genre alternative rock alternatif, pop punk dan pop mosh.
Antara band yang persembahan pada hari itu adalah Airwaves On Fire, Empty Page, Here Comes July, The Fridays, Pasca Sini dan Patriots.

Band Patriots menutup tirai Gig Lepas Gian dengan persembahan encore

Vokalis band Patriots yang hanya dikenali sebagai Ayeen berkata, “kitorang amat hargai pihak organiser sebab bagi peluang pada kitorang untuk perform kat show.”

“Sementara nak settle program vaksin di negara kita, saya harap semua pihak dapat bagi kerjasama yang terbaik untuk menjayakan gig patuh SOP,” katanya.

Walaupun dengan mood keseluruhan yang agak janggal dan anti-sosial, penonton yang datang berjaya memeriahkan suasana tanpa melanggar SOP dan mengamalkan norma baharu dengan begitu baik.

Dapat dilihat ada yang bangun menari, ‘headbanging’ dalam petak masing-masing, sambil beri tepukan dan sorakan yang kuat walaupun penonton memakai pelitup muka sepanjang gig ini berlangsung.

Malah SOP ini bukan sekadar diamalkan secara di dalam gig aahaja tetapi setelah selesai gig, penonton diarahkan untuk keluar dari dewan ikut barisan satu persatu.

Ternyata ‘Gig Lepas Gian’ menghidangkan satu pengalaman yang unik kerana mengamalkan norma baharu.

The Fridays band pertama yang perform bagi Session B

“Feel lain sikit, lebih ke arah quality listening, rasa macam nak dengar lebih teliti tone dan frekuensi setiap instrumen yang dimainkan”, kata Aidil Ajwad, 28, salah seorang penonton yang hadir.

“Tak boleh mosh, tapi selesa juga bila ada personal space dan tak payah bertolak-tolak untuk dapat spot depan”, katanya.
Kerjasama yang baik semua sangat penting untuk menjayakan gig patuh SOP ini.

Pihak GSYKID dan Angkasa Event Space menunjukkan contoh yang baik dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ternyata norma baru ini tidak melumpuhkan sokongan dan kecintaan peminat muzik selain acara seperti ini memberi peluang kepada anak seni dan penganjur untuk meraih pendapatan, kelahiran gig patuh SOP ini juga menjadi nafas baru kepada kegiatan seni dan budaya tempatan di era pandemik COVID-19.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  5  =