#WAAW Finas cadang buat satu filem khas bertaraf dunia ke Oscar

 #WAAW Finas cadang buat satu filem khas bertaraf dunia ke Oscar

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid

PETALING JAYA : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menawarkan peluang buat penggiat seni yang memenangi di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) untuk menghasilkan sebuah filem khas bertaraf antarabangsa dengan dana yang akan diperuntukkan nanti.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, cadangan untuk menyelaraskan pembikinan filem bertaraf antarabangsa ini merupakan julung kali diadakan oleh Finas.

Menurut Zakaria lagi, ia bertujuan membakar semangat serta meraikan penggiat seni tanah air untuk hasilkan karya yang terbaik.

“Jika sebelum ini mungkin hanya sekadar trofi dan token saguhati tapi untuk kali ini, bakal pemenang untuk penerbit atau filem terbaik, kami akan tawarkan satu projek khas buat mereka,”ujar Pengerusi Finas
 
“Ini merupakan cadangan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Saifudin Abdullah untuk mula mengerakkan langkah filem kita hingga sampai Oscar, untuk sampai ke sana ianya mengambil masa yang agak lama, jadi ini merupakan persediaan awal kita.
 
“Pihak Finas akan berbincang dengan pemenang penerbit berkenaan untuk mengambil pelakon, pengarah, penulis skrip yang menang dalam (FFM31) untuk menyertai filem khas berkenaan yang bertaraf antarabangsa ini,” katanya.
Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid
 

Pastinya penghasilan filem bertaraf antarabangsa ini akan menjadi lambang kemegahan dan kebanggan rakyat Malaysia kerana 100 peratus hasil terbitan anak tempatan kita. Segala bentuk promosi mahupun kertas kerja penghasilan filem bertaraf antarabangsa ini akan di putuskan sujurus tamatnya FFM31.

“Setakat ini, kita masih belum memutuskan apa-apa lagi mahupun peruntukan dana kerana ianya akan dibincangkan selepas labuhnya tirai (FFM31), selepas itu baru akan kita akan bentangkan kos pembelajaan,” kata Zakaria kepada pihak Wacana.my

Festival Filem Malaysia ke- 31 bakal menemui penggiat seni pada Oktober tahun ini dengan menawarkan pelbagai ganjaran istimewa yang bakal dirangkul para pemenang mengikut kategori yang berbeza.

22 kategori utama dipertandingkan dalam FFM31 ini melibatkan penyertaan filem cereka antaranya Filem Terbaik; Pengarah Terbaik; Pengarah Harapan; Pelakon Lelaki Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

70  −  65  =