Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Filem Geran tembusi pasaran Amerika, mula tayangan 4 Jun ini

PETALING JAYA, 30 Mei — Filem Geran bakal ditayangkan di platform digital Hi-YAH! di Amerika Syarikat bermula 4 Jun ini dan paling mengujakan filem ini akan diterbitkan dalam format Blu-ray pada 6 Julai di sana.
Manakala tajuk filem ini akan dipanjangkan sedikit kepada Silat Warrior, Deeds of the Dead bagi pasaran negara berkenaan.
Selepas memenangi anugerah di NYAFF yang lalu nampaknya filem Geran terus meraih kejayaan demi kejayaan yang membanggakan.
Menurut pengarah merangkap penerbit filem Geran, Areel Abu Bakar, ada beberapa pengedar buka mata dengan kehadiran filem aksi Malaysia di sana selepas kejayaannya di New York.
“Mereka menghubungi syarikat kami untuk meneruskan langkah seterusnya. Proses untuk menentukan tayangan mengambil masa yang lama juga hampir 5 hingga 6 bulan.
“Bukan senang untuk berurusan dengan pihak sana. Tapi yang menarik mereka yang berminat dengan filem kita bukan kita mencari-cari untuk org terima filem kita di sana.



“Matlamat saya filem ini akan berlayar seluruh dunia , bukan di Amerika sahaja dan saya ingin terus memperkenalkan Malaysia dan membuktikan negara kita ada filem yang berkualiti & hasil orang Malaysia juga setara dengan mereka, bahkan lebih baik jika di beri peluang & sokongan yang betul dari orang kita sendiri.
Menurutnya lagi, dia tidak akan puas selagi filem Malaysia tak mengangkat seni budaya dari tanah air sendiri untuk ke peringkat antarabangsa.
“Usaha saya kecil untuk memberitahu mereka (orang luar) bahawa kita ada filem yang berkualiti. “Saya ingin menghasilkan lebih banyak lagi filem & karya yang melambang identiti kita dan saya ingin rakyat Malaysia ada jatidiri sayangkan negara.
“Satu peluru boleh menembusi satu otak manusia ,tapi satu filem boleh menembusi banyak fikiran manusia.
“Nantikan naskah saya yang seterusnya, WALID,” katanya.