• Wednesday, 16 June 2021, 7:33 am

#WAAW: Filem Ada Hantu, belum tayang dah kena kutuk?

 #WAAW: Filem Ada Hantu, belum tayang dah kena kutuk?

PETALING JAYA : Belumpun ditayangkan tapi poster filem pertama arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu sudah menerima kutukan dan kritikan pedas dari netizen.

Bagaimanapun, pelakon yang kini bergelar pengarah filem, Hairul Azreen menyedari poster pertama rekaannya yang menjadi topik bualan netizen di media sosial itu tidak mematahkan semangatnya.

“Saya tahu isu mengenai poster filem saya ini tular tapi pandangan saya dan beberapa orang artis digital, mereka suka dengan poster filem Ada Hantu walaupun ada yang tidak suka sebab pada mereka ia kurang menarik.

“Tapi bagi saya, saya berpuas hati dengan apa yang saya buat. Lagipun, ini adalah permulaan saya, di mana ini filem pertama saya.

“Poster ini sekadar petunjuk bahawa filem saya nak keluar, ceritanya lebih penting daripada poster dan saya berharap semua boleh menerimanya dengan baik,” kata Hairul.

Terdahulu, hangat di laman sembang poster filem arahan pertamanya, Ada Hantu dikatakan sebagai amatur dan kurang berkualiti.

Selain sebagai pengarah, Hairul turut membintangi filem Ada Hantu. Antara pelakon lain yang terbabit termasuklah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *