• Sunday, 20 June 2021, 9:45 am

#WAAW: Festival Filem Malaysia ke-31 konsep norma baharu, Oktober ini

 #WAAW: Festival Filem Malaysia ke-31 konsep norma baharu, Oktober ini

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mei  — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersetuju dengan cadangan untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), yang dijangka pada Oktober depan, dilakukan dengan konsep norma baharu.

FINAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dibuat bagi mengurangkan risiko keselamatan sekali gus mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS Bil. 5/2021 yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, mesyuarat itu turut berbincang mengenai tindakan perundangan yang diambil terhadap 39 syarikat yang gagal menyiapkan penerbitan filem di bawah inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

FINAS turut memaklumkan permohonan yang melibatkan 10 persatuan industri kreatif di bawah Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) telah diluluskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pelulus MyCAP.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *