#WAAW Farid Kamil dikenakan denda RM5,500 ganti hukuman penjara 13 bulan

PETALING JAYA : Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari diperintahkan untuk membayar denda RM5,500 sebagai ganti denda penjara selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah di balai polis tiga tahun lalu.

Mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Keputusan dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mendengar rayuan yang dibuat oleh aktor itu.

Malah, Farid, 40, turut memohon maaf dan menyesali tindakan yang dilakukannya tiga tahun lalu ketika perbicaraan berlangsung.

Suami kepada pelakon, Diana Danielle itu diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke sepanjang prosiding berkenaan.

Farid dijatuhkan hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Malah, Farid yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selama dua bulan setengah rentetan kesalahan yang sama menyifatkannya antara momen dan detik paling berharga dalam hidup pelakon lelaki itu.

Sementara itu, Farid berkata sejarah hitam yang berlaku itu membuka ruang untuk dirinya memperbaiki diri dan menjadi individu yang baik pada masa akan datang.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =