#WAAW: Erma Fatima ajak lihat asnaf dari perspektif berbeza

 #WAAW: Erma Fatima ajak lihat asnaf dari perspektif berbeza

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penerbit dan pengarah, Erma Fatima melihat golongan asnaf daripada perspektif berbeza apabila dia mengkaji lebih mendalam situasi sebenar dialami mereka.

Erma yang bertindak selaku Pengerusi Yayasan Seni Karya Prihatin tampil dengan kempen Sebuah Kehidupan mengajak masyarakat mengubah nasib golongan asnaf dan miskin tegar dengan menginfaq menjelang bulan ramadan.

“Kita mudah menghakimi golongan memerlukan yang enggan mencari pekerjaan demi mengubah nasib sendiri. Sedangkan kita tidak faham situasi sebenar dan kepayahan mereka.

“Siapa tahu, mereka adalah tunggak keluarga yang bertanggungjawab menguruskan semua perkara dalam satu-satu masa.

Bagaimana mereka hendak keluar mencari pekerjaan jika ada tanggungan yang memerlukan perhatian khusus seperti suami terlantar, ibu yang sakit dan dalam masa yang sama perlu juga anak juga,” kata Erma.

Erma ditemui di majlis pelancaran kempen Sebuah Kehidupan di Ampang Glasshouse, Selangor, pada Khamis.

Majlis terbabit dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Turut hadir menyerikan acara adalah pelakon, Fatiya Latiff dan Nora Danish.

“Erma berjinak-jinak dalam program amal bagi menjaga kebajikan rakyat jelata. Saya juga apabila masuk dalam arena pollitik mempunyai niat yang sama iaitu demi berkhidmat untuk anak muda.

“Hasrat itu bukanlah untuk kedudukan dan kewangan. Ini cara saya melatih wanita muda kerana ia memberi kepuasan.

“Saya juga membuka ruang dan peluang kepada golongan ini untuk berkembang dan memperkemaskan potensi mereka dalam apa jua arena yang mereka laksanakan,” katanya.

Tambah Zuraida, Erma sudah membuktikan perkembangan kerjaya daripada pelakon kepada usahawan dan seterusnya bergelar usahawan bagi menjaga kebajikan masayarakat.

Kempen Sebuah Kehidupan memulakan penggambaran pada 5 April dan dijadualkan bersiaran esok. Program ini mendapat kerjasama daripada TV Al- Hijrah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Malaysia, Pusat Zakat Selangor dan Shopee sebagai rakan strategik.

Melalui pembelian kombo produk-produk usahawan tempatan ini, RM10 daripada setiap pembelian akan disalurkan Tabung Sebuah Kehidupan untuk diagihkan kepada lebih 100 senarai dan miskin tegar ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  87  =  88