• Sunday, 20 June 2021, 11:50 am

#WAAW: Empat kali keguguran, semoga Allah balas sebaik-baik ganjaran – Fedtri Yahya

 #WAAW: Empat kali keguguran, semoga Allah balas sebaik-baik ganjaran – Fedtri Yahya

Fedtri Yahya bersama isteri dan anak-anak.

PETALING JAYA : Hos, Ahmad Fetri Yahya mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali sepanjang 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Fetri mengimbau kembali peristiwa pahit dan turut menitipkan dedikasi buat isteri tercinta, Nurul Anati Ismail bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.

“Salam Jumaat. Alhamdulillah, hari ini adalah ulangtahun ke-10 perkahwinan saya dan isteri. Pantas waktu berlalu, sudah satu dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan empat orang cahaya mata.

“Empat kali bertarung nyawa melahirkan. Empat kali juga pernah keguguran. Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran,” tulisnya.

Fedtri meluahkan penghargaan menerusi hantaran di Instagram dan turut berterima kasih buat yang memanjatkan doa buat mereka sekeluarga.

 

“Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Fedtri dan pasangannya, Anati mendirikan rumah tangga pada Mei 2011.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firas Mevlana.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *