#WAAW: Emosi Intan Najuwa bercampur, kadang gembira kadang meroyan?

 #WAAW: Emosi Intan Najuwa bercampur, kadang gembira kadang meroyan?

Pelakon, Intan Najuwa

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon Intan Najuwa mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini bersiaran menerusi slot Akasia TV3.

Watak Siratul yang diadaptasi daripada novel popular bukanlah semudah seperti disangka dan Intan sebolehnya cuba memberikan yang terbaik untuk peranan yang diamanahkan buat dirinya.

“Banyak sebenarnya cabaran menjayakan watak Siratul kerana kadang kala emosinya bercampur baur. Sekejap gembira, kemudian sedih dan meroyan.

“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.

Antara babak lakonan Intan Najuwa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu

“Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.

Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.

Jelas Intan, mereka sebagai teraju utama naskah itu kerap berbincang bagi memastikan tanggungjawab menghidupkan babak bersama.

“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.

“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.

“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  −    =  29