#WAAW: Elizabeth Tan kemaruk komen nakal netizen?

 #WAAW: Elizabeth Tan kemaruk komen nakal netizen?

PETALING JAYA : Penyanyi, Elizabeth Tan, 27, menjelaskan pakaiannya di media sosial bukanlah berhasrat untuk memancing perhatian dan komen nakal kaum lelaki di media sosial.

Jelas Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy, perkongsian berkenaan sekadar penampilan hariannya dan tidak menganggap pakaian singkat itu sebagai keterlaluan atau seksi.

 

“Sejujurnya saya secara peribadi tak rasa seksi pun kerana itu gaya pemakaian setiap hari. Bukan berniat atau sengaja ingin memancing sesiapa pun kerana ia tidaklah terlalu keterlaluan.

“Kalau dibandingkan dengan sebangsa saya yang lain, ramai lagi berpakaian jauh lebih seksi. Jadi tiada keperluan untuk saya ambil kisah mengenai tanggapan seksi itu,” katanya.

Sering kali diajukan mengenai penampilannya yang dikatakan seksi, Lizzy mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan komen nakal warganet yang rata-rata terdiri daripada kaum lelaki.

“Saya gembira dengan sokongan siapa pun peminat saya tanpa peduli apa alasan mereka. Walaupun saya sudah berkahwin, tidak ada apa pun yang berubah mengenai diri saya.

“Suami baca komen mereka pun tak peduli sangat. Bahkan, dia cuma gelak saja,” katanya.

Terdahulu, Elizabeth pernah menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap memuat naik gambar berpakaian seksi hingga mengundang komen lucah dari pengikut di media sosial. 

Bahkan, dia percaya sekiranya benar gambar dikongsinya lucah, sudah lama akaun media sosialnya disekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54  −    =  53