• Monday, 21 June 2021, 3:49 am

#WAAW: Eina Azman mohon maaf leraikan kekeliruan

 #WAAW: Eina Azman mohon maaf leraikan kekeliruan

PETALING JAYA : Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, membuka mulut berhubung dakwaan dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Eina atau pemilik nama penuh, Ainur Syakina Azman, memohon maaf sekiranya perkongsiannya di media sosial menyinggung sensitiviti dan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Datin Paduka Eina Azman dan suami

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Tidak timbul istilah memotong giliran mengambil vaksin seperti dakwaan segelintir pihak. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

“Justeru itu, saya mengambil pendekatan untuk memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi bertambah rumit. Saya juga berharap mana-mana pihak tidak menambahkan lagi salah faham berhubung isu ini.

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham. Assalamualaikum!,” kata Eina.

Terdahulu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.

Eina dan suaminya menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *