#WAAW: Dua kali ditunda, Mencari Rahmat di pawagam 10 Jun

 #WAAW: Dua kali ditunda, Mencari Rahmat di pawagam 10 Jun

Oleh Farhana Ab Rahman

Filem Mencari Rahmat yang sudah dua kali ditunda penayangannya sebelum ini akhirnya akan menemui penonton pada 10 JUN 2021.

Penerbitnya, Zuli Ismail berkata, penundaan tersebut dibuat memandangkan pawagam terpaksa ditutup bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 pada ketika itu.

“Setelah terpaksa ditunda sebanyak dua kali, ingin saya nyatakan bahawa tarikh baharu untuk tayangan filem Mencari Rahmat adalah pada 10 Jun ini.

“Kami juga telah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tentang tarikh tayangan yang baru ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Mencari Rahmat turut menyaksikan gandingan Namron dan Nadia Aqilah

Zuli berkata, dengan tarikh baru yang telah ditetapkan ini, dia berharap agar tayangan filem Mencari Rahmat tidak akan lagi ditunda tayangannya di pawagam.

“Saya percaya memang ramai yang menantikan tayangan filem ini, cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar kawalan kami.

“Jadi, saya seru kepada penonton supaya jangan lepaskan peluang menonton filem ini apabila ditayangkan di pawagam nanti,” jelasnya.

Pada asalnya, Mencari Rahmat sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun 2020, tetapi ia tunda ke tarikh 31 Disember 2020.

Namun, ia sekali lagi ditunda berikutan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga pawagam terpaksa menutup operasi buat sementara waktu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  66  =  69