#WAAW Diserang penyakit misteri, suami mohon doakan Nadya Syahera

 #WAAW Diserang penyakit misteri, suami mohon doakan Nadya Syahera

PETALING JAYA : Pelakon, Nadya Syahera dimasukkan ke hospital selepas mengalami penyakit misteri sejak tiga minggu lalu. 

Suami kepada pelakon wanita itu, Fizul Nawi meluahkan rasa bimbang apabila keadaan isterinya itu bertambah teruk sehingga membuatkan tubuhnya lemah tidak bermaya.

“Minggu ini paling teruk…diserang penyakit misteri. Allahuakbar. Doakan supaya dia kuat, dapat makan dan minum seperti biasa.

“Minggu lepas dah pergi hospital..masuk air 5 hari perubahan makin okay sebab dah masuk air. Sakit tiada.

“Selepas dia dah sedar semalam, badan dia sangat-sangat lemah sebab tak makan. Kami bawa ke hospital masuk air.

“Doakan isteri saya semoga sihat kembali seperti sedia kala. Sudah hampir tiga minggu dia tak berapa sihat,” luah Fizul.

Fizul turut memohon semua mendoakan isterinya agar kembali sihat seperti sedia kala.

Fizul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Selain itu, Fizul memberitahu isterinya disahkan oleh hospital tidak mengalami sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.

Sementara itu dalam kemas kini terbaharu Fizul di IG memaklumkan isterinya sudah semakin pulih.

“Semoga Allah memberi kesembuhan kepada isteri saya. Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar syukur,” katanya.

Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *