#WAAW: Diana Danielle terima suntikan vaksin COVID-19

 #WAAW: Diana Danielle terima suntikan vaksin COVID-19

Pelakon, Diana Danielle

Oleh Farhana Ab Rahman

Proses suntikan dijalankan oleh pihak Qualitas Medical Group di PPV UKM. 

PETALING JAYA : Pelakon Diana Danielle berkongsi menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca yang dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, semalam.

Menurut Diana, setakat ini keadaan dirinya masih terkawal namun dia bakal melalui beberapa tindak balas normal dan simptom ringan.

“Saya mungkin akan melalui beberapa kesan ringan seperti pening kepala, keletihan dan demam tapi kesan terbabit menunjukkan sistem imunisasi saya sedang bertindak balas terhadap vaksin terbabit untuk membina ketahanan terhadap virus itu.

“Insya-Allah semuanya akan berada dalam keadaan baik dalam waktu terdekat ini. Jika anda berpeluang mendapatkan slot vaksin, saya harap anda mengambilnya. Sama-sama kita lindungi diri, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Diana menerusi hantaran video di Instagram berkata, dia berharap dengan suntikan yang diberikan mampu melawan penularan Covid-19.

“Alhamdulillah saya sudah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca. Saya tidak berdepan sebarang kesakitan dan semuanya berjalan lancar ketika proses suntikan dijalankan oleh pihak Qualitas Medical Group di PPV UKM.

“Terima kasih kepada Dr Junaidi dan pasukan serta semua petugas barisan hadapan. Semoga kita dapat melawan penularan Covid-19 ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Kavita Sidhu, Elfira Loy dan Datuk A. Aida.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  32  =  40