• Sunday, 20 June 2021, 2:38 pm

#WAAW: Datuk Siti dan suami masing-masing dikompaun RM10,000

 #WAAW: Datuk Siti dan suami masing-masing dikompaun RM10,000

PETALING JAYA : Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika penganjuran majlis untuk anak kedua mereka, Muhammad Afwa, awal Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana menghadiri acara itu.

Penceramah, Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain Al Jauhari juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang kerana terbabit dalam acara berkenaan.

Selain Datuk Siti dan Datuk Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Penceramah, Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain Al Jauhari turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Arjunaidi menerusi kenyataannya kepada media berkata, selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi dikenakan kompaun bagi kesalahan tidak mematuhi SOP kerana berhimpun di sebuah kediaman pada sambutan Aidilfitri lalu walaupun pergerakan itu dilarang ketika PKP sempena perayaan terbabit.

Sebelum ini, penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik  Muhammaf Afwa mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai kerana didakwa tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan kerajaan bagi menangani penularan jangkitan COVID-19.

Perkongsian sekitar majlis aqiqah itu menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen kerana Siti dan Khalid mengundang agamawan terbabit yang difahamkan menetap di luar ibu negara walaupun larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *