#WAAW: Datuk Rizalman merajuk?

 #WAAW: Datuk Rizalman merajuk?

PETALING JAYA : “Doklah hangpa mereput menunggu ‘update’ daripada Instagram ini,” luah Rizalman seakan-akan memberi bayangan seperti merajuk dalam perkongsian terakhir menerusi akaun Rizalman71.

Kritikan yang dilemparkan terhadap bekas pereka fesyen, Datuk Rizalman berhubung ikan salmon yang dikirimkan oleh salah seorang pengikutnya, membuatkan dia beralih ke akaun peribadi.

Enggan mendedahkan akaun peribadinya kepada umum, Rizalman memuat naik gambar pintu seakan-akan menggambarkan dia menutup akses terhadap kehidupannya.

Perkongsian terakhir Rizalman di Instagram miliknya.

“Unsur cakap kasar dan jenaka dijadikan sebagai umpan untuk menarik manusia meminati Instagram ini supaya terdapat dicelah-celahannya ilmu dan dakwah.

“Pendekatan itu disengajakan kerana pilu melihat akaun Instagram beberapa saluran dakwah lain tiada sambutan kerana medium mereka berasaskan ‘walk the talk’.

“Sekiranya cara itu yang diingini mengapakah pendekatan itu kurang diberi sambutan? Alhamdulillah…perangkap ku mengena,” luah Rizalman menerusi paparan di Instagramnya.

Jelas Rizalman, para Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah sebagai pembawa berita gembira dan peringatan.

Tambah Rizalman, maklumat yang ingin disampaikan itu perlu dicari dengan cara bersungguh-sungguh sepertimana pengikutnya ingin mencari akaun peribadinya.

“Carilah maklumat dan informasi dengan cara yang beriya-iya sepertimana hampa perlu mencari akaun ‘private’ yang satu lagi untuk anda mendapatkan ilmu itu. Selamat mencuba!,’ katanya.  

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

41  −    =  32