#WAAW: Datuk Nash kemalangan jalanraya

 #WAAW: Datuk Nash kemalangan jalanraya

Oleh Zuan Azmi

PETALING JAYA, 20 April : Penyanyi lagenda kumpulan Lefthanded, Datuk Nash dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya kira-kira jam 4 petang tadi.

Datuk Nash dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari menziarahi kematian saudaranya di Muar, Johor.

Kenderaan yang dinaiki Datuk Nash dipercayai melanggar lopak air lalu terbabas

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Tol Senawang, Negeri Sembilan ketika hujan lebat.

Menurut Shameer iaitu anak kepada Datuk Nash, kenderaan beliau dipercayai melanggar lopak air lalu terbabas.

Setakat jam 9:30 malam ini, Datuk Nash masih berada di bilik pembedahan Hospital Seremban menjalani jahitan di mulut dan masih menunggu keputusan x-ray.

Kecederaan lain belum dapat dipastikan namun Datuk Nash berada di dalam keadaan stabil & tak membimbangkan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  75  =  78