• Monday, 21 June 2021, 3:00 am

#WAAW: Datuk Fazley pilih tak melatah isu “F*k Faazley Yaacob”

 #WAAW: Datuk Fazley pilih tak melatah isu “F*k Faazley Yaacob”

Datuk Fazley Yaacob

PETALING JAYA : Chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaacob memilih untuk tidak melatah dengan kritikan dan pendapat seorang pembeli yang berkongsi maklum balas mengenai kek yang dijualnya.

Tegas Fazley, dia menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada individu tersebut kerana sudi memberikan maklum balas mengenai kek yang dijualnya itu.

“Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti beliau berkongsi tangkap skrin kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang resipi saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

Tangkap layar yang dilakukan oleh pempengaruh (influencer) tersebut

“Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian (berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis) Ramai juga yang majukan kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih.

“Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan,” luah Fazley.

Datuk Fazley telah menjalinkan kerjasama dengan rangkaian syarikat pasaran kopi popular, Starbucks di seluruh negara.

Luah Fazley lagi, dia beranggapan individu berkenaan mempunyai niat yang baik dengan memberi teguran kepadanya untuk memperbaiki lagi kek yang dijualnya.

Dalam pada itu, Fazley juga memberi nasihat kepada individu berkenaan bahawa tidak salah untuk mengkritik orang lain namun biarlah secara berhemah, berpada-pada dan menjaga tutur kata.

Untuk info, Fazley telah menjalinkan kerjasama dengan rangkaian syarikat pasaran kopi popular, Starbucks di seluruh negara.

Antara menu yang diperkenalkan adalah Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Roti Kerak Gula Melaka, Roti Kerak Pandan, Kek Biskut Batik dan Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *