#WAAW: Dakwaan tiru lagu, Ryan Deedat nafikan

 #WAAW: Dakwaan tiru lagu, Ryan Deedat nafikan

Ryan Deedat

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi Ryan Deedat menepis dakwaan kolaborasi bersama Heil Nuan dan rapper, Killa Driz meniru lagu yang mempunyai judul yang sama.

Ryan atau nama penuhnya, Sheikh Eamir Deedat, 29, menyedari kewujudan lagu Kena Sidai yang dimuat naik setahun lalu, pada hari pelancaran singlenya.

“Saya menggunakan frasa Kene Sidai kerana ia sinonim dengan pengikut Instagram memandangkan sering dijadikan topik utama. Lagu kami berbeza yang mana rentak dan jalan ceritanya juga berbeza.

“Ia berkisar mengenai perasaan yang dirasai oleh kami sendiri pernah ‘disidai’oleh seseorang. Oleh itu, lagu ini bersifat peribadi buat kami kerana dihasilkan daripada pengalaman sendiri.

“Saya sendiri tidak menyangka prop yang digunakan juga seakan-akan sama, apa yang boleh saya katakan ia adalah kebetulan. Tetapi, terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai,”kata Ryan kepada Wacana.my

Ryan komited berinteraksi bersama pengikut saya setiap malam menerusi IG LIVE sejak empat bulan yang lalu. Bermula dari gurauan ‘Ryan sidai’ maka terhasil program bual bicara bersama tetamu undangan dalam ‘SIDAI TALK’.

Lagu Kena Sidai kolaborasi Ryan Deedat, Heil Nuan dan Killa Driz

Selain Ryan, Killa Driz ketika dihubungi turut menafikan persamaan lagu yang pernah dimuat naik setahun lalu itu. Malah, baginya Kene Sidai ini lebih menyentuh hati pendengar.

“Ia menyentuh hati pendengar cuma kebetulan tajuk dan lokasi saja sama. Saya mendapat tahu apabila dimaklumkan oleh Ryan berhubung lagu itu.

”Apa yang saya boleh katakan, lagu kami lebih memberi mesej yang lebih mendalam. Cuma saya memilih untuk tidak menghakimi karya orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dari aspek berbeza,”kata Killa Driz.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  58  =  64