• Monday, 21 June 2021, 3:42 am

#WAAW: Cuba pertahan Neelofa, Mawar Rashid dikecam hebat lalu mohon maaf

 #WAAW: Cuba pertahan Neelofa, Mawar Rashid dikecam hebat lalu mohon maaf

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Mawar Rashid mengundang kecaman warga maya apabila meninggalkan komen mempertahankan Noor Neelofa Mohd Noor agar tidak dipenjarakan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Hujah Mawar, pengacara dan usahawan itu banyak berjuang untuk Palestin dan tidak sewajarnya dipenjarakan kerana merasakan tindakan undang-undang itu kedengaran agak berat.

Tidak lama selepas itu, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, tampil membuat penjelasan membetulkan kenyataan yang ditinggalkan olehnya itu.

“Bertenang semua… ada salah faham ni. Dan Mawar pun salah tak tulis betul-betul dan ayat pun tak penuh sampai buat anda semua marah and serang Mawar. Sorry semua.

“Baca balik statement Mawar : “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”. Maksud Mawar kat sini, kalau kena kompaun atau denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar hormati keputusan mahkamah.

“Cuma bila bercakap pasal ‘penjara’, bunyi itu menakutkan. Mawar pun turut rasa takutlah sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang,” jelas Mawar.

Menurut Mawar, dia menyedari ayat yang ditulis tidak jelas sehingga membuatkan ramai pihak salah faham dengan komen yang ditinggalkan olehnya itu.

Mawar Rashid bersama suami dan anak-anaknya

“Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP. Yang salah tetap salah dan Mawar hormati apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.

““Mawar pun kesian dan simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam Covid-19 ni. Lagi-lagi hari ini dah hamoir 7,000 org positif dalam Malaysia. Mawar lagi la risau tentang Covid.

“Jadi Mawar minta maaf sebab buat kenyataan kurang jelas tadi. Anda semua jaga diri ok. Selamat hari raya, maaf zahir batin,” akhirinya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *