• Monday, 21 June 2021, 3:58 am

#WAAW: Che Ta tak tolak ke Palestin?

 #WAAW: Che Ta tak tolak ke Palestin?

PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan tidak menolak kemungkinan untuk diterbangkan ke Palestin bagi membantu penduduk yang terkesan akibat kekejaman zionis.

Terkesan dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin, Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta dia juga kagum dengan kesungguhan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Palestin untuk misi kemanusiaan di sana.

“Saya memang sedih melihat keadaan mereka di sana, malah tidak sanggup menonton video. Di sini apa yang boleh dilakukan hanya dapat mengumpul dana untuk membantu sahaja.

“Tetapi kalau diberikan peluang ke sana dalam membantu saya memang mahu pergi. Paling menyedihkan apabila kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa turut hilang nyawa kerana kekejaman rejim Israel,”kata Che Ta.

Kongsi Che Ta juga, dia kini dalam usaha mengumpulkan lebih banyak sumbangan untuk penduduk Palestin. Bekerjasama dengan jenama Ashh&Annas, jelasnya sebanyak 5000 helai tudung keluaran khas akan dijual bagi tujuan ini.

“Sebelum ini saya hanya kumpul antara ahli keluarga sahaja untuk beri sumbangan, malah turut memotong elaun anak-anak bagi membolehkan lebih banyak nilai sumbangan tersebut. Tetapi bila Annas keluarkan tudung dengan rekaan ini saya fikir ini adalah cara yang baik juga.

“Bagi setiap tudung yang terjual pihak kami hanya memotong harga kos tudung ini sahaja. Selebihnya akan dimasukkan ke dalam tabung untuk disalurkan kepada penduduk Palestin,”jelasnya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *