#WAAW: Cahaya taruhan terbaru Ezad Lazim

 #WAAW: Cahaya taruhan terbaru Ezad Lazim

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Ezad Lazim muncul dengan single bergenre hip hop berkonsepkan ketuhanan kolaborasi dengan dua rapper muda iaitu Bobby D dan Red Rahimad menerusi lagu Cahaya.

Ezad yang baru muncul juara pada program Muzikal Lawak Superstar berkata, kolaborasi itu sesuatu menarik selain dapat menimba pengalaman baharu apabila bekerjasama dengan komposer dan rapper muda.

“Mereka yang mempelawa saya untuk terbabit dalam projek ini. Walaupun semunya terjadi dalam tempoh singkat, saya okay sebab lagu ini cukup menarik perhatian saya. Ditambah pula, lagu ini berentak hip hop yang mana jarang sangat saya rakam lagu sebegini. Sebelum ini pernah dengan Waris.

“Cuma, lagu ini sedikit berbeza kerana ia berkonsepkan ketuhanan. Jadi, bagi saya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang lain pula. Apabila lagu ini dilancarkan pada bulan Ramadan, ia memang kena dengan kisah lagu ini.

“Kisah macam mana seseorang yang sebelum ini jahat, kemudian mendapat hidayah untuk berubah dan minta pengampunan atas segala dosa. Saya yakin, bagi sesiapa yan mendengar lagu ini akan berasa dekat dan dapat menghayatinya,” katanya.

Menurut Ezad, kolaborasi itu juga memberi peluang untuk dirinya mendekati peminat dalam kalangan generasi baharu.

“Saya dengar lagu ini dua tiga hari sebelum rakaman. Walaupun pertama kali dengar, tapi bagi saya okay dan tak susah. Malah, mereka juga beri kebebasan untuk saya nyanyi dan warnakan lagu ini. Jadi tak ada masalah.

“Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Red Rahimad. Sejujurnya, ia memberikan satu pengalaman baharu kepada saya. Sebab selama ini tak pernah lagi bekerjasama dengan komposer dan rapper baharu.

“Kadang terfikir juga artis lama kena kerjasama dengan pendatang baharu. Apatah lagi bagi kategori hip hop di mana sekarang muzik ini kembali diminati dan mendapat tempat. Kalau perasan pun, banyak lagu hip hop sedang meningkat naik. Jadi, saya juga kena ikut ‘trend’ semasa,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =