#WAAW: Bunga Citra Lestari positif COVID-19

 #WAAW: Bunga Citra Lestari positif COVID-19

JAKARTA : “Saya baru menerima keputusan ujian dan disahkan positif COVID-19. Saya kini menjalani kuarantin dan Insya-Allah, akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi.

“Saya menyeru semua supaya mengambil segala langkah keselamatan untuk kekal sihat dan selamat. Jaga diri anda dan orang-orang tersayang”.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan BCL memaklumkan khabar dirinya kini positif COVID-19 menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi paparan di media sosialnya itu, BCL turut memberitahu dia berada dalam keadaan baik namun perlu menjalani proses kuarantin bagi mengekang penularan virus tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sejati itu menyeru masyarakat supaya kekal sihat dan selamat. Tambahnya, orang ramai juga diminta untuk menguatkan imunisasi tubuh masing-masing.

“Bina kekuatan sistem imunisasi dan tolong jangan memandang remeh mengenai perkara ini,” tulisnya.

BCL memuat naik dua keping gambar ketika berada di hospital menerusi perkongsian tersebut.

Sebelum ini, BCL pernah mengundang kritikan apabila melakukan sendiri ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya, Vidi Aldiano.

Jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *