• Thursday, 17 June 2021, 1:49 pm

#WAAW: Bunga Cinta Lestari kembali mula melangkah

 #WAAW: Bunga Cinta Lestari kembali mula melangkah

Penyanyi Indonesia, Bunga Cinta Lestari(BCL) kini dilihat cuba memulakan kembali “langkahnya” selepas pemergian suami tercinta Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL kini tampil dengan buah tangan terbaru, sebuah lagu bertajuk “Selamanya Cinta” yang turut dihadirkan dengan sebuah muzik video istimewa. Lagu ciptaan Melly Goeslaw ini bercerita tentang bagaimana sebuah kekuatan cinta dengan begitu magisnya mampu menghidupkan dan bertahan hingga selamanya seakan sesuai dengan kisah cinta BCL dan arwah suaminya.

Ketika pertama kali diperdengarkan kepadanya, BCL sudah merasa teramat dekat dan senada dengan dirinya yang mencari kekuatan untuk sedikit demi sedikit meneruskan kehidupan seterusnya bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal mendatang kelak.

BCL juga sering berkongsi kisah dirinya di saluran Youtubenya sendiri, Its me BCL.

Beberapa bulan kebelakangan ini BCL dilihat mencari arah perjuangannya untuk bangkit. Bukan mudah untuk meneruskan sesuatu apabila kehilangan insan tersayang yang sudah pastinya memberi kesan kepada BCL sendiri.

Sekitar Mac lalu bersempena dengan ulangtahun kelahirannya, BCL terlibat dengan satu aktiviti memperjuangkan nasib wanita yang menjadi mangsa kekerasan kaum lelaki. BCL juga mengumpul dana untuk mereka.

“Di masa pandemik ini, ada satu hal yang sangat menyentuh hati saya, iaitu kondisi kekerasan terhadap perempuan yang terus meningkat,” tulis BCL, dipetik dari Instagram-nya.

“Saya ingin mengajak teman-teman untuk memberikan hadiah. Bukan untuk saya, tapi untuk para perempuan yang tengah berjuang dalam kondisi yang tidak menguntungkan, mereka yang tertatih untuk melangkah lagi,” tulis BCL lagi.

Ternyata dengan perkembangan ini, BCL sedang cuba memanfaatkan dirinya untuk asbab dan kekuatan untuk bergerak, melangkah maju dan mulai memudar kembali mimpi-mimpinya satu demi satu dalam sebuah fasa secara perlahan untuk kembali “berlari” lagi nanti.

Gosip tercetus selepas tersebarnya gambar BCL memeluk Ariel dari belakang pada Mac lalu.

Terdahulu, BCL digosipkan dengan Ariel NOAH yang didakwa semakin rapat kerana tular gambar BCL memeluk Ariel dari belakang.

Namun gambar berkenaan adalah petikan dari satu babak muzik video lagu “Mencari Cinta”.

Kedua-dua mereka juga dikatakan terlibat dalam projek seni yang sama.

Namun begitu, terdapat dakwaan bahawa gosip tersebut sekadar direka bagi mengubati kesedihan hati Bunga Cinta Lestari.
Foto kenangan keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair bersama BCL dan anak mereka Noah.

Bunga Cinta Lestari berkahwin dengan Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung, selepas tidak sedarkan diri di rumahnya dan kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.51 pagi di sebuah pusat perubatan di Jakarta Indonesia.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *