#WAAW: Bulu tangan meremang, Haiza tidur dalam kereta

 #WAAW: Bulu tangan meremang, Haiza tidur dalam kereta

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyampai radio, Haiza berkongsi sikap anehnya yang sering mengantuk ketika memandu terutama apabila bersendirian.

Pernah kemalangan gara-gara rasa mengantuk itu, Haiza bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan atau membahayakan nyawa pemandu lain dengan sikap peliknya itu.

“Saya tahu tidak dapat menahan lagi rasa mengantuk apabila bulu roma meremang di seluruh badan. Itu tandanya saya harus berhenti dan tidur seketika agar tidak membahayakan nyawa kerana memaksa diri untuk memandu.

“Kadang kala, rumah saya sudah dekat tetapi tidak dapat menahan mata lagi. Maka, saya mengambil pendekatan untuk melelapkan mata di tempat selamat sehingga segar semula untuk kembali memandu.

“Bukan seminit dua saja, pernah paling lama saya tidur dua jam di dalam kereta. Apatah lagi, saya bertugas sebagai penyampai radio segmen pagi, bulan puasa ini mencabar juga kerana kurang tidur,” kata Haiza kepada Wacana.my

Kongsi Haiza atau pemilik nama penuh, Rohaizah Nordin, 41, suaminya juga maklum akan perangai anehnya itu namun menetapkan beberapa syarat demi keselamatan.

Nasihat Haiza buat mereka yang mempunyai ‘habit’ aneh yang sama, berhenti rehatlah seketika jika terlalu mengantuk agar tidak membahayakan nyawa pemandu lain pada masa yang sama.

“Suami saya menegaskan enjin kereta harus dimatikan, tingkap dibuka sedikit untuk udara masuk dan kawasan hendak tidur itu selamat. Bukan main tidur saja di mana-mana itu bahaya kerana saya wanita.

“Malah, saya juga turut menyorokkan bag tangan dan tidak meletakkannya di tempat terdedah kerana pernah wujud kejadian rompak juga. Pelbagai langkah keselamatan perlu diambil, bahaya jika tidur dengan membiarkan enjin tidak dimatikan,” kata Haiza.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

73  −  68  =