• Sunday, 20 June 2021, 2:53 pm

#WAAW: Buktikan anda ‘self lockdown’, saya bagi 500 ringgit – Michael Ang

 #WAAW: Buktikan anda ‘self lockdown’, saya bagi 500 ringgit – Michael Ang

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pengarah, Michael Ang menawarkan wang sebanyak RM500 ringgit kepada sepuluh individu yang melakukan ‘self lockdown’ untuk tempoh dua minggu.

Penerbit kontroversi itu meletakkan syarat yang mana individu yang ingin menyertai cabaran itu perlu membuktikan mereka berjaya melakukan ‘self lockdown’ bermula 22 Mei hingga 8 Jun depan.

“Saya sedang mencari 10 orang yang dapat membuktikan mereka melakukan ‘self lockdown’ hingga 8 Jun dan saya akan memberikan 500 ringgit seorang. Buktikan secara kreatif dan hantarkan penyertaan anda untuk menyertai cabaran ini.

Hantaran Michelle Ang di Instagramnya

“Ini bukan saya cuba mencari publisiti murahan, mencari konten, hendak menjual produk atau ingin menjadi popular. Cuma, saya berharap pendekatan yang diambil ini dapat membantu orang ramai untuk duduk di rumah jika tidak perlu untuk keluar.

“Kalau pendekatan yang diambil ini dapat membuatkan 100 orang duduk di rumah pun saya dah bersyukur. Saya sayang semua dan harap semuanya dapat menjaga diri dengan baik,” luah Michael menerusi paparan kapsyen di Instagram malam tadi.

Tambahnya, cabaran ini bukan hanya boleh disertai oleh mereka yang bekerja dari rumah saja. Sebaliknya, mereka yang perlu masuk pejabat juga boleh turut serta cuma mengikut garis panduan yang disarankan kerajaan.

Micheal Ang meletakkan syarat yang mana individu yang ingin menyertai cabaran itu perlu membuktikan mereka berjaya melakukan ‘self lockdown’ bermula 22 Mei hingga 8 Jun depan.

“Maaf mungkin ada yang kurang jelas mengenai erti ‘self lockdown’. Anda tidak semestinya perlu bekerja dari rumah saja untuk mengaplikasikan pendekatan ini.

“Jika perlu masuk di pejabat juga boleh membataskan pergerakan anda. Contohnya, pulang semula ke pejabat selepas membeli makanan tengahari dan balik ke rumah selepas waktu pejabat,” jelas Michael lagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *