#WAAW: Bukan strategi promosi bisnes – Khai Bahar

 #WAAW: Bukan strategi promosi bisnes – Khai Bahar

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Nabila adalah rakan baik saya dalam industri dan saya menyenangi sikapnya yang ‘cool’ itu. Buat masa ini kami hanya berkawan baik dan tidak lebih dari itu.

“Keakraban itu bukanlah sebagai rangka promosi perniagaan produk makanan kami yang baru saja dilancarkan. Hanya kebetulan, malah saya tidak sangka ia menjadi viral pula.”

Demikian komen Khai apabila baik dia mahupun Nabila Razali saling berbalas emoji ‘love’ yang ditinggalkan di ruangan komen. Tambah Khai, dia juga tidak tergesa-gesa ingin mendirikan rumah tangga sebaliknya ingin memberikan fokus kepada kerjaya.

Terbaru, Khai dan Nabila berkolaborasi membuka cawangan Ayo Fried Chicken yang dibuka di The H, Hartamas, Kuala Lumpur.

Khai ditemui di majlis pelancaran album Zikir Damba Ketenangan terbitan 17 Eleven Music yang bertempat di Hotel The Pearl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Isnin.

Berkongsi perkembangan kerjaya, anak kelahiran Perlis ini, tampil dengan album zikir berjudul Damba Ketenangan bagi membantu pihak yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Khai atau pemilik nama penuh, Muhammad Khairul Baharuddin mengembalikan nostalgia kegemilangan dengan aplikasi Smule ketika mengalunkan Hasbi Rabbi Wa Nabiy.

“Ramai yang terkesan dengan pandemik ini, dari aspek mental dan fizikal. Ada yang kehilangan sumber pendapatan, ahli keluarga, kerja dan banyak lagi. Setelah menjalani perbincangan, akhirnya saya mencapai kata sepakat untuk tampil dengan album zikir.

“Antara cabaran menyampaikan alunan zikir adalah memastikan sebutan mahraj adalah betul. Sekiranya salah sebut, boleh membawa maksud yang berbeza.

“Saya banyak dibantu oleh Dr Azrul yang merupakan Dekan di Universiti Islam Malaysia. Dia yang memantau sebutan bagi memastikan sebutan jelas dan betul,” kata Khai kepada Wacana.my

Khai ditemui di majlis pelancaran album Zikir Damba Ketenangan terbitan 17 Eleven Music yang bertempat di Hotel The Pearl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Isnin.

Album zikir nyanyian Khai itu mula dijual secara pra tempahan di Shopee sejak 5 April lalu telah habis terjual selama tiga hari berturut-turut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  1  =