#WAAW: Bipolar: Warner ambil risiko kendali Janna Nick

 #WAAW: Bipolar: Warner ambil risiko kendali Janna Nick

Oleh Farhana Ab Rahman

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy

PETALING JAYA : Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy menjelaskan pihak pengurusan sanggup mengambil risiko dengan mengambil penyanyi, Janna Nick di bawah kendalian mereka.

Darren berkata, selain menguruskan kerjaya nyanyian Janna, pihak pengurusan juga bertanggungjawab untuk menjaga dan memantau kesihatan mental pengacara Melodi itu.

“Stress keterlaluan (depression) adalah penyakit merbahaya dan tidak seharusnya dipandang remeh kerana jika tidak dipantau boleh menjerumus

kepada bunuh diri dan sebagainya.

“Apa yang dapat kami rangkumkan, penyakit bipolar yang dialami oleh Janna tidak akan menghalang kerjayanya. Jika dia perlukan masa untuk diri sendiri, semestinya kami menghormati permintaannya itu.

“Sebagai label, kami tidak pernah meletakkan syarat membabitkan hal peribadi sebaliknya memberi nasihat dalam bentuk pelbagai perspektif untuk mereka membuat pilihan sendiri,” kata Darren.

Darren ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran label Warner Music Malaysia yang bertempat di Sunway Resort, Selangor, baru-baru ini.

Terdahulu, Janna mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar dan kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =