#WAAW: Bercerai kali ketiga, Fiza Halim mohon henti fitnah

 #WAAW: Bercerai kali ketiga, Fiza Halim mohon henti fitnah

Fiza Halim

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Fiza Halim mengesahkan perkahwinan ketiganya bersama Aizat Al Jefri berakhir sejak 22 Julai tahun lalu. Dikurniakan cahaya mata berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup bersama juruterbang pilihannya itu, Fiza reda jodoh mereka berakhir di sini. “Semoga terjawab dan terungkai segala persoalan selama ini. Saya berharap tiada lagi fitnah dan penghinaan oleh mereka di luar sana terhadap diri saya.

“Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada dugaan dan cabaran hidup ini. Apa yang berlaku adalah bahagian hidup saya, hanya redha dan pasrah yang dapat saya ucapkan.

“Harap tiada lagi penghinaan yang dilemparkan terhadap diri saya. Doakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak. Saya sayang anda semua!” luah Fiza.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akur dengan suratan hidupnya.

Untuk rekod, bekas anggota Elite itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua puteri iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Selepas hampir empat tahun berkahwin, Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010.

Manakala, perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga menemui kegagalan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1