• Wednesday, 16 June 2021, 6:31 am

#WAAW: Benzooloo dan Khodi emosi?

 #WAAW: Benzooloo dan Khodi emosi?

PETALING JAYA : Dua penyanyi, Benzooloo dan Khodi bekerjasama mengupas realiti masa kini yang mana manusia tewas dengan nafsu dan menjadi hamba kepada wang.

Bukan sekadar hiburan kosong, Benzooloo mengakui mengambil masa bagi mencari emosi yang tepat bersama bait-bait lagu yang dihasilkan bagi memastikan mesej sampai kepada pendengar.

“Zaman sekarang ramai manusia yang tewas dengan nafsu bagi mengejar kekayaan. Tanpa mempedulikan hukum dan kebenaran, manusia rakus mengejar wang dan duit.

“Bahagian paling mencabar adalah mencari ayat dan kata-kata untuk disesuaikan dengan rentaknya.

“Ini adalah kami pertama saya bekerjasama dengan Farouk Roman, dan pengalaman ini adalah sesuatu yang baru buat saya,” kata Benzooloo.

Berbeza pula buat Khodi yang mencabar diri untuk menyanyikan genre yang asing buat dirinya. Namun, Khodi enggan terus berada di zon selesa dan mencuba sesuatu berbeza.

“Lagu ini memaparkan realiti masyarakat masa kini yang menjadikan wang sebagai keutamaan. Saya berharap mesej yang cuba disampaikan itu sampai ke telinga pendengar.

“Apatah lagi, saya mencabar diri mencuba sesuatu yang baru kerana belum pernah menyanyikan genre begini. Semoga Emosi dapat pergi lebih jauh dalam industri muzik tempatan,” kata Khodi.

Selain Farouk, Emosi turut mendapat sentuhan Aisha Retno yang juga merupakan runut lagu bagi drama bersiri Scammer arahan Nurhanisham Muhammad.

Scammer dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha dan ramai lagi mula bersiaran pada 24 Mei lalu di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *