#WAAW BCL berang dakwaan positif COVID-19 selepas bercuti di Bali

 #WAAW BCL berang dakwaan positif COVID-19 selepas bercuti di Bali

JAKARTA : Penyanyi, Bunga Citra Lestari menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan dirinya dijangkiti virus COVID-19 setelah pulang bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Penyanyi yang mesra dengan sapaan BCL itu menjelaskan, dia pergi ke Bali pada 29 Mei hingga 2 Jun dan sudah kembali bekerja di Jakarta mengikut jadual kerjanya.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti COVID-19 setelah balik liburan di Bali kerana saya sudah pulang bekerja selepas 2 Jun lalu.

“Sebaik pulang ke ibukota, saya sudah menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan hasilnya adalah negatif.

“Beberapa penari saya disahkan positif pada 13 Jun kerana mempunyai interaksi bersama saya pada 10 Jun lalu, justeru itu saya melakukan ujian saringan sekali lagi.

BCL berkongsi gambar ketika liburan di Bali

“Setelah menjalani ujian saringan kali kedua pada 14 Jun, hasil ujian itu menunjukkan saya telah dijangkiti COVID-19,” jelas BCL menerusi paparan di Instagram miliknya.

Terdahulu, BCL berkongsi kesihatan dirinya yang disahkan positif COVID-19 pada dua hari lalu menerusi perkongsian di akaunnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sejati itu menyeru masyarakat supaya kekal sihat dan selamat. Tambahnya, orang ramai juga diminta untuk menguatkan imunisasi tubuh masing-masing.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *