#WAAW: Bapa Azlan Typewriter meninggal dunia

 #WAAW: Bapa Azlan Typewriter meninggal dunia

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tak dapat berada disamping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami video conference dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video tersebut,” kongsi penyanyi Azlan Typewriter mengenai pemergian bapanya, Sallehudin Che Ani,68, petang tadi.

Penyanyi, Azlan Typewiter atau lebih mesra dengan sapaan Lan, mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.

Lebih menyedihkan, dia tidak dapat berada di sisi bapanya sebaliknya melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi sidang video.

“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa sebab Covid-19,” katanya.

Azlan berkata pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang telah ditetapkan.

Tambah Azlan, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana  memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya.

“Sebelum ini saya ada maklum arwah dirawat di  Hospital Serdang, sebenarnya saya tersilap… arwah sebenarnya dirawat di Hospital Selayang.

“Bila perkara mengejutkan sebegini, kita jadi kalut kerana tidak bersedia dugaan ini datang,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  +    =  22