#WAAW ‘Baby bump’ kelihatan,ruangan komen Ernie Zakri dibanjiri ucapan tahniah

 #WAAW ‘Baby bump’ kelihatan,ruangan komen Ernie Zakri dibanjiri ucapan tahniah

PETALING JAYA : Perkongsian video penyanyi, Ernie Zakri seakan-akan mengiyakan desas-desus mengenai berita kehamilannya.

Biarpun mengambil pendekatan untuk menafikan berita gembira itu, video yang dimuat naik pada hari ini jelas menampakkan perutnya yang kelihatan sedang berbadan dua.

“Jalan perlahan-lahan dik ye”

“Saya dapat melihat dengan jelas dah, ahh comel”

“Baby bump ke tu?”

“Walaupun awak bercakap, namun mata saya tertumpu pada bahagian perut itu. Arghhh comelnya,”

Malah, rata-rata rakan selebriti dan pengikut di media sosial turut menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi bertubuh genit itu.

Terdahulu, Ernie dan suaminya, Syamel menafikan mengenai dakwaan mengatakan pelatun lagu Ku Bersuara itu sedang mengandung.

Malah, mereka turut meminta orang ramai mendoakan agar dipercepatkan rezeki mereka untuk mendapat cahaya mata.

Demikian jawapan penyanyi, Ernie Zakri apabila menjawab spekulasi dia kini sedang berbadan dua ketika sesi temu bual bersama media selepas majlis tahlil untuk arwah ibu mentuanya, Wan Faaizah Karim baru-baru ini.

Malah, Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan, tidak pernah merancang dalam soal anak.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =