• Sunday, 20 June 2021, 3:27 pm

#WAAW: Azar Azmi buat Hafreez tunggu hampir dua jam

 #WAAW: Azar Azmi buat Hafreez tunggu hampir dua jam

PETALING JAYA : Pelakon Azar Azmi mengakui pernah terlajak tidur gara-gara keletihan sehingga membuatkan gandingann, Hafreez Adam dalam drama Derita Untuk Bahagia menunggu hampir dua jam.

Azar atau nama penuhnya, Siti Azar Ameerah Azmi menjelaskan, kelewatan itu tidak disengajakan dan berasa bersalah terhadap Hafreez kerana terpaksa menunggunya di set penggambaran berkenaan.

“Ada sekali, saya terlajak tidur disebabkan badan terlalu letih dan terlewat sampai ke lokasi penggambaran. Sampai ke hari ini saya masih ada rasa serba salah terhadap Hafreez.

“Hampir dua jam juga Hafreez terpaksa tunggu saya di set. Kebetulan pula, waktu itu hanya nak rakam babak saya dengan Hafreez sahaja.

“Memang saya mengaku itu salah saya tapi nasib baik juga Hafreez tak marah. Memang waktu itu, saya tak sedar sampai terbangun lewat,” kata Azar mengimbas kembali peristiwa itu.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media bagi mempromosikan drama berkenaan secara maya pada Selasa.

Drama terbaharu gandingan Azar dan Hafreez Adam berjudul Derita Untuk Bahagia sudah mula ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang.

Selain Azar dan Hafreez, drama itu turut membariskan Amar Baharin, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Rashdan Baba, Dian P. Ramlee, Hilal Azman dan ramai lagi.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *