• Sunday, 20 June 2021, 8:31 am

#WAAW: Awak hina pakaian tradisional kami bermakna hina nenek moyang kami – Netizen

 #WAAW: Awak hina pakaian tradisional kami bermakna hina nenek moyang kami – Netizen

PETALING JAYA :”Awak hina pakaian tradisional kami bermakna hina nenek moyang kami, semoga roh mereka menghukum awak seberat-beratnya. Shame on you! kata netizen yang menggunakan nama Embun Pagi itu.

Selebriti media sosial, Ryzal Duriankimchi dikecam gara-gara memperlekehkan pakaian tradisional kaum Iban yang menjadi tular di media sosial.

Tindakan memperlekehkan busana kebanggaan kaum Iban itu membangkitkan kemarahan netizen yang menganggap Ryzal menghina nenek moyang mereka.

Video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik menerusi Instagram Story di akaun Ryzal yang menampilkan isterinya, Maryam You Narae menggayakan baju tradisional itu.

Gurauan Ryzal mengundang padah apabila dia menyamakan aksesori dan material busana dengan kain meja, alas televisyen, kain buruk, tikar, tali pinggang pengakap, duit syiling dan langsir.

“Syiling orang letak dalam poket, diorang letak kat sini. Ini apa ni? Kain meja apa ni? Alas TV tahun 70an.”

“Ini kain buruk, letak mesin basuh yang ini. Nak bagi orang tengok langsir dia cantik.”

“Ini apa ni? Tikar? Ini tali pinggang pengakap.”

Perkongsian Ryzal, 28, mengundang pelbagai reaksi namun rata-rata mengecam dan menyifatkan gurauan itu sebagai menghina pakaian tradisional kaum Iban.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya di atas tindakan ‘bodoh’ itu.

“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ia gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

“Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan pakaian tradisional Iban.

“Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua,” ujar Ryzal.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *