#WAAW: Asmidar redha dugaan Allah berniaga bazar Ramadan

 #WAAW: Asmidar redha dugaan Allah berniaga bazar Ramadan

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Biarpun di duga apabila tapak bazar Ramadan Wangsa Maju dilanda ribut, penyanyi Asmidar, bersyukur berada di lokasi niaga bagi membantu keluarganya.

Mengimbas kembali detik cemas yang berlaku, Asmidar mengakui kaget kerana kejadian berlaku sekelip mata. Malah, cuaca itu turut mengakibatkan kemusnahan makanan yang dijual.

“Hujan lebat bukanlah perkara asing kerana setiap tahun memang ada hujan lebat. Cuma ribut sebegini, rasanya pertama kali yang pernah saya alami sepanjang membantu keluarga meniaga.

Perkara tersebut dikongsi oleh Asmidar di ruangan Cerita Instagram miliknya

“Segala-galanya berlaku dengan pantas dan sekelip mata, Hujan dan ribut yang kuat menyebabkan banyak khemah peniaga terbang. Mujur ketika kejadian, ada ayah, emak dan abang membantu menyelamatkan gerai.

“Kasihan melihat mereka yang berniaga seorang diri. Mana nak pegang khemah dan nak pastikan barangan jualan selamat. Akibat kejadian ini, ada gerai yang terpaksa menghentikan perniagaan lebih awal apabila makanan yang dijual rosak dan jatuh ke tanah, selain khemah terbang,” katanya kepada Wacana.my

Kesan dari hujan lebat dan angin kuat yang melanda Bazar Ramadan yang sertai oleh Asmidar

Meskipun menerbitkan perasaan trauma, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu reda dengan apa yang berlaku.

Asmidar berkongsi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut hadir semalam bagi menyumbangkan bantuan kepada peniaga yang terkesan peniagaannya terkesan akibat ribut itu.

“Alhamdulillah…Ustaz Ebit Lew turun padang membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat ribut yang mengakibatkan bumbung khemah terbang dan sebagainya.

“Kuasa Allah SWT juga kerana apabila berita ini menjadi viral, ramai yang kasihan melihat peniaga-peniaga itu. Maka, orang ramai berpusu-pusu datang membeli makanan mereka sehingga semuanya habis terjual,” kata Asmidar.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  3  =