#WAAW Anugerah tak penting, cukup sekadar dihargai – Arash Mohamad

 #WAAW Anugerah tak penting, cukup sekadar dihargai – Arash Mohamad

PETALING JAYA: Biarpun telah hampir tiga dekad berkecimpung sebagai anak seni, pelakon Arash Mohamad masih lagi “laku” kerana kerap menerima tawaran berlakon dari pihak produksi.

Perkara ini dipercayai kerana sikap positifnya yang senantiasa mengekalkan reputasi yang baik sebagai seorang pelakon.

Menurut Arash, meskipun pelbagai watak telah pun dilakonkan sejak awal pembabitannya namun masih ada pihak yang mempersoal kenapa dia masih tidak menerima sebarang anugerah sepanjang kariernya.

Lakonan Arash sebagai Razman dalam Scammer.

“Bagi saya itu semua tidak penting kerana saya hanya pentingkan mutu lakonan dan jika ada penonton menghargai itu sudah memadai.

“Saya tak kecil hati jika ada yang tanya macam tu kerana pernah juga tercalon sebagai calon lima teratas untuk beberapa anugerah, itu sudah cukup kerana ada juga orang hargai kerja saya dan paling penting saya puas dengan apa yang saya sumbangkan buat industri,” ujarnya di dalam satu sidang media.

Lakonan Arash seringkali meninggalkan kesan buat penonton kerana ketelusan yang ditonjolkan setiap kali melakonkan watak yang diterima,

“Perkara ini terjadi apabila ada penonton memarahi saya kerana terkesan dengan lakonan saya sebagai Razman melalui lakonan drama terbaru iaitu Scammer,” ujar Arash Mohd.

Arash Mohamad semasa di set penggambaran

Arash dilihat masih lagi relevan dan permintaan peminat untuk melihatnya berlakon hingga kini masih lagi tinggi meskipun silih berganti kehadiran pelakon baharu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan Arash menanggap ianya satu persaingan yang sihat buatnya dan menghormati pelakon baharu ini.

“Saya menggalu-alukan pelapis baharu, tetapi saya harap agar anda jadi lebih baik daripada saya, kita harus saling tegur-menegur antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, Arash pernah menerima nama jolokkan sebagai Richard Gere Malaysia.

“Saya sebenarnya malu apabila ada peminat memberi gelaran sedemikian, saya masih jauh berbanding Richard Gere.

“Ini adalah jolokan paling tinggi yang pernah saya dapat, terima kasih kepada peminat yang menghargai, tapi banyak lagi perlu saya belajar,” katanya kepada Wacana.my.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  +    =  63