• Friday, 18 June 2021, 1:30 am

#WAAW: Anak Noorkhiriah ditemui semula selepas dilaporkan hilang

 #WAAW: Anak Noorkhiriah ditemui semula selepas dilaporkan hilang

Noorkhiriah mempunyai 3 orang anak selain Muhammad Hudhaifah, Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.

Oleh Farhana Ab Rahman

Noorkhiriah berkongsi detik mencemaskan itu di Instagram apabila anak lelakinya itu didapati tiada di kediaman mereka di Damansara, pagi tadi.

PETALING JAYA : Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie bersyukur anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah,12, ditemui dalam keadaa selamat selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Noorkhiriah berkongsi detik mencemaskan itu di Instagram apabila anak lelakinya itu didapati tiada di kediaman mereka di Damansara, pagi tadi.

Bagaimanapun, kanak- kanak itu yang dipercayai keluar menaiki basikal dijumpai semula dengan selamat sekitar pukul 7.30 pagi di Taman Tun Dr Ismail, di sini.

“Saya masih menggigil lagi. Pada yang hubungi kami atau WhatsApp (WA), nanti saya balas.

“Terima kasih semua war-warkan (kehilangan anak). Alhamdulillah sudah jumpa,” ujarnya menerusi paparan di Instagram.

Terdahulu, bintang drama bersiri Nur itu meminta pertolongan daripada kenalan dan warganet sekiranya ternampak kelibat Muhammad Hudhaifah.

Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdekatan pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah.

Selain Muhammad Hudhaifah, Noorkhiriah turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *