#WAAW: ‘Amina’ beri peluang rezeki – Scha Alyahya

 #WAAW: ‘Amina’ beri peluang rezeki – Scha Alyahya

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Scha Alyahya sudah lama menyimpan niat lama untuk menghasilkan produk makanan kegemaran mereka. Scha, 38, atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, berkata, produk yang dikeluarkan menggunakan jenama Amina Food itu dinamakan sempena anak keduanya, Lyla Amina.

“Sudah lama saya dan Awal menyimpan niat untuk menghasilkan produk makanan kegemaran kami, bersama peminat yang tersayang. Alhamdulillah, kini baru terlaksana. “Kebetulan ketika itu ramai yang bagi sambal pada saya, dan saya tersangkut, tapi sambal yang diberikan kebanyakannya adalah sambal basah.

Jadi saya cakap pada Awal, saya mahukan yang mudah dan segera. “Dari situlah terhasilnya Schambal, yang mana saya juga sukakan jenis garing bersama ikan bilis dan tempe.

Kami mengambil masa setengah tahun untuk keluarkan produk ini,” kata Scha. Pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya yang mengidam makanan pedas ketika hamil anak kedua membawa kepada penghasilan produk Schambal.

“Kami abadikan juga nama anak bongsu kami, Amina sebagai jenama produk ini. Diharap mampu membuka peluang rezeki buat ramai orang di luar sana. Pencarian stokis akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Schambal pasti menambat selera, rangup, pedas dan mudah dinikmati bersama hampir semua makanan kegemaran anda,” katanya.

“Idea menghasilkan produk ini ketika mengandungkan anak kedua. Saya dulu pernah menghidap appendiks, jadi selepas itu memang serik makan makanan pedas.

Memang sudah bertahun lamanya tidak makan makanan pedas, tapi apabila mengandungkan Lyla, saya teringin nak makan makanan pedas,” kata Scha.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

80  −    =  72