#WAAW Akui dah tua, Zul Ariffin tolak cinta lokasi?

 #WAAW Akui dah tua, Zul Ariffin tolak cinta lokasi?

PETALING JAYA : Aktor, Zul Ariffin mengakui mengawal diri bagi memastikan dirinya tidak terlalu peramah bersama gandingan untuk tidak menimbulkan sebarang gosip ‘cinta lokasi’.

Zul,35, berkongsi sudah menempuhi pelbagai fasa kehidupan sepanjang lebih sedekad berkecimpung dalam industri seni tempatan.

“Saya sering mengingatkan diri untuk tidak keterlaluan dan mengawal diri kerana kasihan dengan rakan gandingan. Tidak mahu timbul gosip bukan-bukan mengatakan kami bercinta.

“Bukan apa, saya inginkan suasana di lokasi penggambaran untuk berada dalam keadaan positif. Namun, kadang kala perkara lain pula yang timbul mungkin kerana sejarah yang lalu.

“Faktor usia mematangkan saya untuk menjadi lebih dewasa berbanding sebelum ini. Saya juga tidak mahu gandingan dalam drama terpalit dengan cinta lokasi,” kata Zul.

Zul mengulas mengenai gosip cinta lokasi ketika sesi temu bual bersama para media mengenai drama terbaharu lakonannya itu secara maya, semalam.

Selain Zul, drama arahan pengarah Michael Ang itu juga dibintangi oleh Uyaina, Riz Amin, Ramona Zam Zam, Mona Ellen dan Iman Suhana yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  −  8  =