• Friday, 18 June 2021, 12:39 am

#WAAW: Aku terima dengan senyuman ujianMu yang satu ini – Siti Elizad

 #WAAW: Aku terima dengan senyuman ujianMu yang satu ini – Siti Elizad

Siti Elizad

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang menjengah usia 37 tahun pada hari ini meluahkan rasa syukur dengan penambahan usia dan belajar untuk redha dengan segala perancanganNya.

Akur dengan ketentuan Yang Maha Esa, Siti Elizad atau lebih mesra dengan sapaan, Ejad ini menerima ujian yang diberikan kepadanya dan suami, Shamsul Baharin Rahman dengan senyuman.

“Setiap kali bertambah usia, tertanya-tanya tentang perjalanan hidupku setiap hari dan setiap masa. Sekiranya tidak dikurniakan zuriat, tua nanti siapa yang akan menjaga dan mendoakanku Ya Allah?

“Tetapi tidak mengapa, aku belajar redha dengan perancangan yang Kau aturkan. Hanya Engkau yang lebih tahu segalanya kerana Kau adalah sebaik-baik perancang.

“Aku terima dengan senyuman ujianMu yang satu ini, InsyaAllah mungkin tidak disini, disana nanti ada kebahagiaan yang kekal abadi. Janji Allah itu pasti,” luah Ejad sempena hari lahirnya.

Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri,  Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.

Sebelum ini, Ejad yang sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu sebagai ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Dia bagaimana pun, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila kandungannya itu tidak kuat dan gugur tidak lama selepas itu.

“Syukur…Alhamdulillah, terima kasih pada Mu Ya Allah dengan nikmat yang kau berikan buat hambaMu ini. Bertambah lagi usiaku. Cuba teka umur kita berapa?

“Korang doakan untuk kita boleh? Saya menghargaai sangat! Sayang korang semua! Jazakallah Khayr,” katanya mengakhiri perkongsian di akaunnya itu.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *