• Friday, 18 June 2021, 2:11 am

#WAAW : Akibat geram, petisyen humban Neelofa ke penjara dapat sambutan hangat

 #WAAW : Akibat geram, petisyen humban Neelofa ke penjara dapat sambutan hangat

SEREMBAN, 20 Mei — Pasangan selebriti yang mendapat perhatian ramai, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan aktiviti merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Pasangan tersebut didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan bersyarat) (no.4) (pindaan) (no.12) 2021.

PU Haris berdepan dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.

Sementara itu, Neelofa didakwa gagal mematuhi SOP PKPB kerana tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual.

Pasangan tersebut telah hadir memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai.

Pasangan ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan aktiviti merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan kertas siasatan berhubung pelanggaran SOP melibatkan Neelofa dan keluarganya menyambut hari raya bersama yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Katanya Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 P. U. (A) 225/21 bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“Sebarang aktiviti ziarah raya di seluruh negara (sepanjang PKP) adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan.

“Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP, orang ramai diminta menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hal ini sekaligus menepis dakwaan yang tular kononnya pihak polis mempertahankan golongan yang dilabel ‘kayangan’.

Menurut kenyataan Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, polis tidak pernah mempertahankan pihak yang melakukan kesalahan, termasuk selebriti mahupun orang kenamaan jika menerima laporan berkaitan.

Terdahulu, Neelofa dan keluarganya hadir memberi keterangan di IPD Brickfields selepas didakwa melanggar SOP perayaan semasa pelaksaan PKP dengan dakwaan melakukan aktiviti ziarah dan menyambut hari raya pertama Aidilfiti, Khamis lepas bersama-sama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Terkini satu petisyen untuk menghumban Neelofa dan suami ke penjara sedang giat digerakkan oleh seorang individu yang menggunakan nama gelaran Hentikan Double Standart.

Petisyen ini menyebut bahawa Neelofa selaku seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik COVID-19.

Kesalahan-kesalahan telah dilakukkan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standart dikenakan terhadap beliau, menurut kenyataan yang hadir bersama petisyen ini.

Petisyen ini mendesak Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kerajaan tidak mengamalkan undang-undang double standart kepada VVIP dan orang kenamaan.

Tinjauan Waaw.my mendapati pada jam 12:00 tengah hari, petisyen ini telah ditandatangani oleh hampir 21,000 orang, manakala pada jam 2:00 petang, ia ditandatangani oleh hampir 31,000 orang.

Jumlah ini dijangka akan meningkat kerana kemarahan dan rasa geram netizen terhadap kesalahan berulang yang dilakukan oleh Neelofa dan keluarga yang didakwa kebal dan tidak menghiraukan undang-undang.

Petisyen ini menggunakan tanda pagar #PenjarakanNeelofa boleh diakses melalui pautan berikut http://chng.it/xLvJGnSG

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *