#WAAW: Aisha Retno bimbang orang taknak dengar lagu Nukilan?

 #WAAW: Aisha Retno bimbang orang taknak dengar lagu Nukilan?

PETALING JAYA : Penyanyi, Aisha Retno mempertaruhkan single karyanya yang berjudul Nukilanku sebagai percubaan dalam industri seni tempatan.

Lebih istimewa, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam turut mendapat tunjuk ajar daripada komposer lagu tersebut iaitu Farouk Roman untuk aspek pengawalan vokal.

Penyanyi berusia 21 tahun ini mengharapkan agar pendengar merasai rintihan yang cuba disampaikan melalui mesej dalam lagu tersebut.

“Alhamdulillah… proses rakamannya sangat lancar dan ia dilakukan selama dua hari. Paling saya rasa bersyukur apabila Farouk sendiri yang menjaga serta memberi tunjuk ajar pada bahagian vokal saya.

“Memang tidak dinafikan yang tekanan itu ada juga kerana selalu bahagian vokal orang lain jaga tapi kali ini dikemudi komposernya sendiri.

“Saya cuma berharap pendengar akan dapat merasakan rintihan yang saya cuba sampaikan dalam mesej lagu itu. Saya pun dah lama tak menulis lirik untuk lagu sendiri.

Selain aktif mengeluarkan karyanya, Aisha juga semakin rancak mencipta lagu untuk penyanyi lain antaranya Anuar Zain yang kembali muncul dalam industri muzik dengan single berjudul Sendiri.

Aisha mengakui dia berasa bimbang dengan penerimaan pendengar memandangkan lagu Nukilanku berbeza dengan karyanya sebelum ini.

Menurut Aisha, lirik lagu tersebut dicipta berdasarkan watak Hadi yang kematian kembarnya, Hakim menerusi drama Masih Ada Rindu yang ditayangkan di TV3.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1