#WAAW – Aina Abdul sepi, kurang yakin dengan wajah sendiri?

 #WAAW – Aina Abdul sepi, kurang yakin dengan wajah sendiri?

Aina Abdul ditemui ketika Majlis Pelancaran dan Pelantikan Produk Truskin baru-baru ini.

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Aina Abdul mengakui kurang berkeyakinan kerana kondisi wajahnya yang bermasalah sejak berada di bangku sekolah lagi.

Tambah Aina, struktur kulit yang kurang menarik itu memberi impak terhadap dirinya. Malah, dia turut bersimpati dengan jurumekap kerana mengambil masa yang lama untuk menyolek dirinya.

“Keadaan kulit yang semakin baik ini juga mengurangkan tempoh ‘make up’ bagi sesuatu majlis atau acara. Kasihan melihat jurumekap perlu mengambil masa yang lama bagi menutup segala cela.

“Sejak dahulu lagi, saya tiada keyakinan kerana struktur wajah yang bermasalah. Saya mendapatkan nasihat doktor dan produk Truskin banyak membantu memperbaiki kulit muka.

“Memandangkan saya mempunyai kulit bermasalah sejak di bangku sekolah lagi, jadi ia memakan masa untuk pulih. Bukan sekelip mata saja perubahannya, namun saya gembira dengan hasilnya setakat ini,” kata Aina kepada Wacana.my

Menurut Aina, dia menyifatkan dirinya sebagai testimoni sebenar produk keluaran Trulooks kerana sudah menjadi pengguna produk itu sejak dua tahun lalu sehingga dapat keluar dari masalah kulit dialami.

“Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak Trulooks hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia sesuai dengan kulit saya.

“Saya suka sebab saya mekap hampir setiap hari dan membuatkan mekap lekap. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Aina atau pemilik nama penuh, Nurul Aina Abdul Ghani, tampil dengan single terbaharu berjudul Sepi.

MV lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berusia 28 tahun ini mula dilancarkan di saluran YouTube pada 8 Februari lalu dan kini mendapat lebih 360,000 tontonan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  −  36  =