• Friday, 18 June 2021, 12:50 am

#WAAW: Ain Edruce cetus kontroversi dalam pantang?

 #WAAW: Ain Edruce cetus kontroversi dalam pantang?

PETALING JAYA : Pemakaian pengacara, Ain Edruce ketika sedang menjalani proses berpantang mengundang perhatian netizen yang rata-rata wanita.

Ain yang baru saja melahirkan cahaya mata sulung pada 19 Mei lalu dilihat menyarungkan seluar berwarna hitam dan memakai kemeja jalur sambil menolak kereta sorong anaknya.

Maklum dengan pelbagai reaksi yang diberikan netizen, Ain atau pemilik nama penuh, Nurulain Edruce, 30, menjelaskan gaya itu hanya dipakai ketika melakukan pemeriksaan doktor saja.

“Pantang hari ke-10, jangan bising pula saya memakai pakaian begini.

Pakaian Ain Edruce ketika masih dalam tempoh berpantang di Instagramnya mengundang kontriversi dan kecaman keatas dirinya

“Hanya keluar untuk membawa baby bagi menjalani pemeriksaan doktor. Selepas itu saya balik,” ujar Ain secara ringkas.

Ain selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di Selangor sekitar jam 1.30 pagi, Rabu.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.

Perkongsian pelakon dan juga pengacara itu turut mengundang reaksi Zarina Zainuddin yang ingin berkongsi tips berpantang kepada Ain.

“Kau brutal mana tahu bagaimana berpantang, meh sini Kak Ina ajar bagaimana makan jamu selepas bersalin, kalau tidak nanti asyik banjir saja,” komen Zarina.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *