#WAAW Adly pernah ‘ditikam’ oleh pemain industri?

 #WAAW Adly pernah ‘ditikam’ oleh pemain industri?

PETALING JAYA : Penyanyi, Ahmad Adly mengakui pernah berdepan insiden ditipu oleh penggiat seni sekitar tahun 2017 namun tidak menghalangnya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Enggan berkongsi butir lanjut mengenai individu tersebut, Adly, 21, menganggap insiden berkenaan menjadikan dirinya matang dan lebih berhati-hati sebelum mempercayai sesiapa.

“Saya pernah ditikam belakang orang individu yang menjanjikan pelbagai benda untuk mencipta nama dalam bidang seni. Sekali gus, individu itu membuatkan saya lebih berhati-hati untuk mempercayai orang.

“Mujur apa yang berlaku tidak membunuh semangat saya untuk meneruskan hasrat menjadi penyanyi. Cuma, tidak perlulah saya sebutkan namanya serta jumlah duit yang ditipu.

“Bukan saya saja, malah ada beberapa individu lain turut terkena juga. Tidaklah sehingga bermasam muka, cuma saya kalau boleh berharap tidak rapat lagi dengan orang begini,” ujar Adly.

Terbaru, Adly tampil dengan single berjudul Nota Hasratku yang dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos lalu di semua platform digital dan Youtube Indigital Music.

Melihatkan keadaan semasa kebanyakan orang yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memberikan inspirasi kepada Adly untuk berkarya.

“Seperti mana yang kita semua tahu pelbagai dugaan yang dihadapi sampai ada yang terganggu emosi sampai sanggup membunuh diri. Semuanya kerana tekanan dihadapi sehingga ada yang tidak mampu melaluinya lagi.

“Tapi di sebalik ujian dan dugaan percayalah ada sinar juga menanti. Anda tidak keseorangan dalam menghadapinya memandangkan masih ramai yang mahu membantu.

Jadi, jangan sesekali bersendirian dan carilah jalan untuk keluar daripada masalah tersebut,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

24  +    =  32